Wednesday, February 27, 2008

Lawatan Ke Tabung Haji

Kunjungan hormat ke Tabung Haji.

Makan-makan lagi....

Satu lagi tempat makan yang best.. aku dah kenal pasti ...Italian Restaurant kat Ampang..tapi dah lupa nama kedai tu.. makanan memang BEST

KUNJUNGAN CNY RADIO NETWORK (HotFM & FlyFM)

Selamat tahun baru cina Gong Xi Fa Chai. Lawatan dan kunjungan muhibbah daripada krew HotFm dan FlyFm diketuai oleh Manager Sales Dept, Radio Network Ms. Lily Fong. Mereka bawa ala-ala dewa kekayaan gitu... siap bagi ang pow lagi kepada semua orang yang ada kat dalam gambar ni....

Aduh duh...duh...mahalnya servis kereta

Servislah kereta kita semua sebelum terlambat. Kali ni... aku servis kereta kat TOP SPEED GLENMARIE kena hampir RM700. Aku ganti 2 biji tayar, ganti minyak power sterring dan ambil pakej minyak hitam RM198. Korang rasa cam... ne berbaloi tak

Kunjungan Mesra CNI Ke BERNAMA

Dalam mengeratkan lagi hubungan antara CNI dengan pihak media terutamanya BERNAMA, kami telah membuat kunjungan mesra dan bertemu dengan pengarang berita Bernama TV. Lawatan telah diadakan pada 05 Februari 2008 (Selasa). Dikesempatan itu juga, kami tidak melepaskan peluang untuk melihat Radio 24 (93.9 fm) beroperasi.

Tuesday, February 19, 2008

Kelebihan Produk Baru CNI - SandFi

BEFORE

Bakal tiba produk yang ditunggu2 oleh sekalian umat CNI. Mesti cuba kerana terbukti berjaya. Dengan menggunakan produk ini sahaja ditambah pula dengan amalan diet dan exercise yang berterusan hasilnya dalam 3 bulan berat badan aku turun hampir 13kg. Ranya produk ini akan dikeluarkan dalam quarter ke-2 tahun 2008. Tak caya...tengok gambar ni AFTER ..

Monday, February 04, 2008

Big Apple Donuts & Coffee

Halloo...satu lagi tempat makan yang telah dikenal pasti oleh skuad makanan CCD & MBS CNI.
Big Apple Donuts & Coffee sememangnya lazat dan terdapat banyak variety untuk penggemar donut. Jumaat lalu pada 01/02/08, kami adakan jamuan makan-makan sempena duit balance selepas makan kat REBUNG untuk party interactive fund company.

Orang bagi tau... nak beli pun kena kena beratur, punyalah ramai. Tak pe.. satu hari nanti pasti sampai juga aku kat sana. Lokasinya di Curve Damansara, Pavillion Bukit Bintang dan Sunway.