Sunday, August 17, 2008

LTS Hatyai Satu Kenangan Indah

Last minit nama aku naik dipanggil bertugas bagi acara LTS Hatyai bagi menggantikan Nesarajan SDD. Kami semua bertolak pada 7 Ogos dan pulang pada 11 Ogos 08. Kalinya ramai yang berjaya, 10 buah bas kesemuanya. Ini satu petanda yang baik kepada perkembangan perniagaan CNI.

Thursday, July 31, 2008

Gerak Usahawan MeCD @ Kuching


Perasmian oleh YAB. PEHIN SRI HAJI ABDUIL TAIB MAHMUD, KETUA MENTERI SARAWAK pada 26 Julai 2008 @ Kuching Waterfront

Thursday, May 08, 2008

Essential of Branding Workshop

Latihan Mentor PPUTC

Latihan dan sesi penerangan kepada semua mentor Program Pembangunan Usahawan TEKUN CNI (PPUTC) telah dilangsungkan pada 01 Mei 2008 (Khamis). Majlis telah dihadiri oleh lebih 130 orang usahawan CNI yang telah mencapai pangkat penikmat tabung kereta. Ternyata semua peserta berkobar-kobar dan tidak sabar lagi untuk menceritakan keuntungan dan kebaikan program ini. Masakan tidak dengan hanya menjual 6 biji sistem rawatan air termaju CNI WaterLife setiap bulan selama 3 bulan dalam tempoh 5 bulan, pihak syarikat akan menanggung 1 tahun bayaran balik semua para peserta. HEBAT, DASYAT DAN SUNGGUH BERBALOI. Bagi mereka yang teruja untuk mendapatkan maklumat lanjut dan ingin turut serta dalam program ini sila hadir ke bengkel seterusnya pada 15/5 dan 29/5 (khamis) jam 8.30 malam bertempat di ibu pejabat CNI Shah Alam. Penceramah hebat telah diundang dalam menyampaikan program ini antaranya ialah Cikgu Gan Ah Seng, MDAM Azman Ching dan dari pihak syarikat CNI ialah Pengurus Pembangunan Jualan, En. Allen Loh. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pintu kejayaan telah berbuka luas.

Monday, May 05, 2008

Projek Mata-Mata CNI

Projek Mata-Mata CNI bertujuan untuk mendapatkan pandangan orang ramai di sekitar ibu kota terutamanya di kawasan segi tiga emas Bukit Bintang berkenaan pendapat mereka mengenai CNI. Misi kami bermula jam 10.00 am dan pagi tu... kami semua staff di CCD (Kim, NaZRi (akulah tuuu), Steven, Lois, Mala dan Nurul) berkumpul di Cafe San Francisco Coffee Co. Terima kasih kepada Kim yang sudi belanja breakfast kami semua.

Happy Birthday

Selamat hari lahir kepada Bee, Tee dan Kim Y.
Semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat sejahtera semuanya.

Steamboat @ Tupai Tupai

Restoran Tupai-Tupai di KL ni.. memang dah lama aku ngidam nak rasa. Cumanya pada 01 Mei yang lalu baru aku dan teman-teman berkesempatan untuk menjamu selera di sini. Janjinya pukul 7.00 malam tapi sampai kat sana jam 9.00 malam. Meja yang aku booking dan diberi kepada orang lain... kenalah menunggu meja kosang hampir 15 minit. Hari tu... memang penuh. Bestnya kita boleh pilih samada nak makan kat meja biasa atau kat dalam pondok. Makanan juga boleh pilih samada steamboat atau a la carte.
Harga yang ditawarkan bagi steamboat juga berpatutan. Pelnagai jenis makanan laut dari bebola, ikan, udang sotong, ketam, sayur-sayuran dan pelbagai jenis mee. Yang bestnya kuah steamboat, aku pilih tomyam memang kau-kau giler sedap... sehingga menghirup. Tak caya cubalah. Tempatnya besebelahan dengan bangunan MAA dan DBP belakang Istana Negara.

Makan di JM Beriani

Lokasinya terletak di Tesko Shah Alam. Memang disyorkan pergi untuk mendapatkan rasa nasi beriani yang asli. Harganya memang berpatutan dan sentiasa penuh dengan pelanggan. So mari kita cuba tempat makan ni...
MEE REBUS JOHOR
TAUHU BAKAR
NASI BERIANI AYAM
MEE BANDUNG

Thursday, May 01, 2008

Faizal Tahir kena 'gam' di Perlis

Tajuk utama di akhbar Harian Metro 01 Mei 2008 (Khamis)
Mufti Perlis Tolak Faizal, Turut Tegah Persembahan Artis Rock & Dangdut

Berita yang sungguh mengejutkan ramai pihak. Selepas insiden kena 'gam' oleh Kementerian Penerangan dek penangan membuka baju dikalangan ramai, Faizal Tahir naib juara One In A Million pada hari ini digam pula oleh mufli Perlis.

Dalam tulisan saya terdahulu dengan tajuk TOM WELLING vs FAIZAL TAHIR rata-rata peminat telah berbelah bagi samada untuk menyokong kerjaya beliau atau sebaliknya. Tindakan yang sebegini harus disokong oleh semua peringkat masyarakat dan kerajaan negeri dalam memberi pengajaran dan panduan kepada semua artis di Malaysia agar lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan masyarakat.

Kitakan berada di Malaysia yang terkenal dengan adat sopan dan budaya timurnya. Lebih-lebih lagi, semuanya ISLAM. Cadangan mufti Perlis supaya memperbanyakkan penganjuran nasyid dan membawa artis seperti Kopratasa, Ramli Sarip, Mohram dan sebagainya adalah salah satu bentuk hiburan yang sihat kepada penduduk di negara kita.

Betullah kata alim ulamak bumi yang kita diami pada hari ini semakin uzur dan sakit dengan pelbagai dosa dan noda. Orang kita lebih suka kepada hiburan yang melalaikan daripada mencari ilmu agama yang bermanfaat. Renung-renungkan lah....

Wednesday, April 30, 2008

Diskaun harga OObey.com

OObeynazri, khas untuk blogger mnsnazri.blogspot.com

Masih lagi tercari-cari cenderahati untuk orang yang tersayang atau hadiah istimewa kepada ibu bapa. www.oobey.com mempunyai cara penyelesaiannya. Anda tidak perlu bersesak-sesak di shopping complex, bayar parking dan sebagainya. Barang yang dibeli di sini dijamin selamat sampai dan ianya mempunyai pelbagai jenis kategori sesuai untuk semua golongan. Untuk anda blogger yang setia, hanya perlu memasukkan oobeynazri di dalam ruangan DISCOUNT CODE bagi menikmati harga istimewa ini. Selamat membeli belah.

Kunjungan pengarang majalah & surat khabar Kumpulan Karangkraf

Terima kasih kepada semua pengarang yang sudi untuk berkunjung ke Wisma CNI pada 30 April 2008. Selamat Hari Pekerja semuanya.

Dari kiri Ida Abd. Aziz - Pengarang Nona, Teh Rohaya Yusoh - Pengarang Rasa, Norlis Salusi - Pengarang Seri Dewi Keluarga, NaZRi, Kenny Ong, Nuri Supian - Pengarang Mingguan Wanita, Hasryna Mohd Mokhtar - Executive Advertising Sales Dept, Laila Halilah Nasir - Pengarang Sinar Harian, Mala Maniam.

Monday, April 28, 2008

Henti Guna Produk Pronoton

Keluaran MayFirst Merbahaya !

Berita gempar satu Malaya dah tahu dan keluar dalam akhbar Harian Metro keluaran 23 April (Rabu) m/s 13 yang menyatakan bahawa kandungan bahannya mengandungi racun berjadual `analog sildenafil’ yang tidak dibenarkan bagi ubat tradisional.
Dalam akhbar yang sama keluaran 04 April (Jumaat) m/s 18 dengan tajuknya "KAPSUL HERBA CAMPUR KIMIA 113,000 KAPSUL KESIHATAN LELAKI GUNAKAN PELAKON TERKENAL SEBAGAI DUTA BERNILAI RM1 JUTA DIRAMPAS. Kalau korang semua nak tahu pelakon yang terkenal tu... sila lihat di bawah.
Jadinya sebarkan berita ini untuk kesejahteraan kita bersama....

Tuesday, April 22, 2008

Peluang pekerjaan di CNI

Anda masih tercari-cari pekerjaan. Berita baik kepada semua. CNI akan mengadakan temuduga terbuka pada 26 April (Sabtu) dan 03 Mei (Sabtu) bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Wisma CNI, Jalan U1/17, Seksyen U1, Hicom Glenmarie Ind Park, Shah Alam.

Kami mencari pekerja yang berbakat dalam bidang jualan. Lepasan universiti adalah digalakkan untuk memohon. Di CNI kami menjanjikan suasana pekerjaan yang harmoni. Anda akan merasa bangga bekerja di bawah syarikat CNI yang terkemuka di Malaysia dan rantau Asia dalam bidang industri jualan langsung. Untuk malumat lanjut layari laman web www.mycni.com.my.

Selamatkah Bumi Kita?

Tips untuk 'mendinginkan' bumi kita:
1. Matikan suiz elektrik - jika tidak digunakan, jangan tinggalkan alat elektronik dalam keadaan standby.
2. Ganti mentol lampu ke jenis CFL.
3. Bersihkan mentol lampu - debu boleh mengurangi kadar penerangan hingga 5%.
4. Jika terpaksa memakai AirCond - tutup pintu dan tingkap selama AirCond berfungsi. Atur suhu sejuk secukupnya, sekitar 21-24 oC sahaja.
5. Gunakan timer (untuk AirCond, microwave, oven, jar, dll).
6. Tanam pokok & tumbuh tumbuhan di kawasan persekitaran anda.
7. Jemur pakaian di luar.
8. Gunakan kenderaan awam untuk mengurangkan bilangan kenderaan yang menggunakan bahan bakar.
9. Menghadkan penggunaan kertas – sebolehnya gunakan depan dan belakang kertas sebelum kitar semula.
10. Say no to plastic. Hampir semua sampah plastic menghasilkan gas berbahaya ketika dibakar.
11. Jangan membakar sampah, terutama sampah plastik
12. Untuk maklumat lanjut dan produk yang boleh anda gunakan dalam menyelamatkan bumi, sila gunakan produk keluaran http://www.oobey.com./

Saturday, April 19, 2008

Gaya Hidup Organik Plus CNI (GHO)

Kombinasi 4 produk utama yang terbukti mampu mengembalikan kesihatan badan secara total rohani dan jasmani.

ORGANIK: Sumber Organik yang Lebih Murni dari Syurga Organik AS Montana. CNI Organik mengandungi fitokimia yang membantu mengelakkan penyakit kronik.
LIFE ENZYME: Diekstrak daripada lebih kurang 20 jenis tumbuhan yang semula jadi. Pengamalan CNI Life Enzyme membantu meningkatkan kadar metabolisme dan mengawal atur persekitaran dalaman tubuh.
ROYAL JELLY: Sumber semula jadi berkualiti yang berasal dari Dataran Hua Bei, memberikan profail nutrien yang lengkap untuk membina tubuh.
ESTER-C Plus Vitamin C generasi terkini melindungi tubuh secara total dengan kesan maksima. Mantapkan sistem pertahanan tubuh dengan pengamalam Ester C Plus untuk meningkatkan imuniti tubuh. CNI Ester C Plus dapat membantu mengurangkan tekanan dengan merangsang hormon tubuh untuk mengawal tekanan.
BERTINDAK SEKARANG SEBELUM TERLEWAT !

Friday, April 18, 2008

Sana Sini SGC Steamboat

SGC Steamboat restaurant dibuka setiap hari dari jam 5.00 petang hingga lewat malam.
Pengalaman menarik apabila anda makan di sini ialah melihat sendiri matahari terbenam dan keindahan Pantai Bagan Lalang
Untuk tempahan sila hubungi Ms. Lynda 019-632 9652
Selain steamboat, sate dan kambing panggang di sini sangat enak. Tidak keterlaluan saya katakan sate di sini lebih sedap daripada Sate Kajang Hj. Samuri.