Monday, May 05, 2008

Steamboat @ Tupai Tupai

Restoran Tupai-Tupai di KL ni.. memang dah lama aku ngidam nak rasa. Cumanya pada 01 Mei yang lalu baru aku dan teman-teman berkesempatan untuk menjamu selera di sini. Janjinya pukul 7.00 malam tapi sampai kat sana jam 9.00 malam. Meja yang aku booking dan diberi kepada orang lain... kenalah menunggu meja kosang hampir 15 minit. Hari tu... memang penuh. Bestnya kita boleh pilih samada nak makan kat meja biasa atau kat dalam pondok. Makanan juga boleh pilih samada steamboat atau a la carte.
Harga yang ditawarkan bagi steamboat juga berpatutan. Pelnagai jenis makanan laut dari bebola, ikan, udang sotong, ketam, sayur-sayuran dan pelbagai jenis mee. Yang bestnya kuah steamboat, aku pilih tomyam memang kau-kau giler sedap... sehingga menghirup. Tak caya cubalah. Tempatnya besebelahan dengan bangunan MAA dan DBP belakang Istana Negara.

No comments: