Thursday, May 01, 2008

Faizal Tahir kena 'gam' di Perlis

Tajuk utama di akhbar Harian Metro 01 Mei 2008 (Khamis)
Mufti Perlis Tolak Faizal, Turut Tegah Persembahan Artis Rock & Dangdut

Berita yang sungguh mengejutkan ramai pihak. Selepas insiden kena 'gam' oleh Kementerian Penerangan dek penangan membuka baju dikalangan ramai, Faizal Tahir naib juara One In A Million pada hari ini digam pula oleh mufli Perlis.

Dalam tulisan saya terdahulu dengan tajuk TOM WELLING vs FAIZAL TAHIR rata-rata peminat telah berbelah bagi samada untuk menyokong kerjaya beliau atau sebaliknya. Tindakan yang sebegini harus disokong oleh semua peringkat masyarakat dan kerajaan negeri dalam memberi pengajaran dan panduan kepada semua artis di Malaysia agar lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan masyarakat.

Kitakan berada di Malaysia yang terkenal dengan adat sopan dan budaya timurnya. Lebih-lebih lagi, semuanya ISLAM. Cadangan mufti Perlis supaya memperbanyakkan penganjuran nasyid dan membawa artis seperti Kopratasa, Ramli Sarip, Mohram dan sebagainya adalah salah satu bentuk hiburan yang sihat kepada penduduk di negara kita.

Betullah kata alim ulamak bumi yang kita diami pada hari ini semakin uzur dan sakit dengan pelbagai dosa dan noda. Orang kita lebih suka kepada hiburan yang melalaikan daripada mencari ilmu agama yang bermanfaat. Renung-renungkan lah....

No comments: