Thursday, July 31, 2008
Gerak Usahawan MeCD @ Kuching
Thursday, May 08, 2008
Latihan Mentor PPUTC
Latihan dan sesi penerangan kepada semua mentor Program Pembangunan Usahawan TEKUN CNI (PPUTC) telah dilangsungkan pada 01 Mei 2008 (Khamis). Majlis telah dihadiri oleh lebih 130 orang usahawan CNI yang telah mencapai pangkat penikmat tabung kereta. Ternyata semua peserta berkobar-kobar dan tidak sabar lagi untuk menceritakan keuntungan dan kebaikan program ini. Masakan tidak dengan hanya menjual 6 biji sistem rawatan air termaju CNI WaterLife setiap bulan selama 3 bulan dalam tempoh 5 bulan, pihak syarikat akan menanggung 1 tahun bayaran balik semua para peserta. HEBAT, DASYAT DAN SUNGGUH BERBALOI. Bagi mereka yang teruja untuk mendapatkan maklumat lanjut dan ingin turut serta dalam program ini sila hadir ke bengkel seterusnya pada 15/5 dan 29/5 (khamis) jam 8.30 malam bertempat di ibu pejabat CNI Shah Alam. Penceramah hebat telah diundang dalam menyampaikan program ini antaranya ialah Cikgu Gan Ah Seng, MDAM Azman Ching dan dari pihak syarikat CNI ialah Pengurus Pembangunan Jualan, En. Allen Loh. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pintu kejayaan telah berbuka luas.


Monday, May 05, 2008
Projek Mata-Mata CNI
Projek Mata-Mata CNI bertujuan untuk mendapatkan pandangan orang ramai di sekitar ibu kota terutamanya di kawasan segi tiga emas Bukit Bintang berkenaan pendapat mereka mengenai CNI. Misi kami bermula jam 10.00 am dan pagi tu... kami semua staff di CCD (Kim, NaZRi (akulah tuuu), Steven, Lois, Mala dan Nurul) berkumpul di Cafe San Francisco Coffee Co. Terima kasih kepada Kim yang sudi belanja breakfast kami semua. 





Happy Birthday
Selamat hari lahir kepada Bee, Tee dan Kim Y.
Semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat sejahtera semuanya. 
Steamboat @ Tupai Tupai
Restoran Tupai-Tupai di KL ni.. memang dah lama aku ngidam nak rasa. Cumanya pada 01 Mei yang lalu baru aku dan teman-teman berkesempatan untuk menjamu selera di sini. Janjinya pukul 7.00 malam tapi sampai kat sana jam 9.00 malam. Meja yang aku booking dan diberi kepada orang lain... kenalah menunggu meja kosang hampir 15 minit. Hari tu... memang penuh. Bestnya kita boleh pilih samada nak makan kat meja biasa atau kat dalam pondok. Makanan juga boleh pilih samada steamboat atau a la carte.
Harga yang ditawarkan bagi steamboat juga berpatutan. Pelnagai jenis makanan laut dari bebola, ikan, udang sotong, ketam, sayur-sayuran dan pelbagai jenis mee. Yang bestnya kuah steamboat, aku pilih tomyam memang kau-kau giler sedap... sehingga menghirup. Tak caya cubalah. Tempatnya besebelahan dengan bangunan MAA dan DBP belakang Istana Negara.
Makan di JM Beriani
Lokasinya terletak di Tesko Shah Alam. Memang disyorkan pergi untuk mendapatkan rasa nasi beriani yang asli. Harganya memang berpatutan dan sentiasa penuh dengan pelanggan. So mari kita cuba tempat makan ni...
MEE REBUS JOHOR
TAUHU BAKAR
NASI BERIANI AYAM
MEE BANDUNG 
Subscribe to:
Posts (Atom)