Tuesday, March 11, 2008

Mari Ramai-Ramai Gi Ngundi...

Pilihanraya ke-12 baru sahaja berakhir. Ini adalah kali ke-2 aku mengundi menjadi rakyat Malaysia yang bertanggung jawab. Aku balik kampung PAHANG mengundi bagi kawasan DUN (N29 JENGKA) dan Parlimen (P87 KUALA KRAU). Rakyat tempatan telah bersuara dan hasilnya untuk DUN dimenangi oleh wakil BN dengan majoriti 596 dan PARLIMEN dimenengi oleh wakil BN dengan majoriti 5,265. Siapa yang aku pangkah... jangan tanya itu RAHSIA

Perang poster memang dasyat. Nak balik punya jem iyelah raya 4 tahun sekali. Walau apa pun tahniah kepada semua calon yang menang. Jangan lupa tunaikan tanggungjawab manifesto yang dijanjikan. Kesimpulannya... politik itu ibarat roda sekejap kita kat atas dan pasti kita akan kat bawah tak lama lepas tu... Berita terkini yang aku dapat hari ni... Datuk Zakaria Mat Derus rumah yang kontraversi bagai mahligai Istana Raja telah meninggal dunia akibat sakit jantung. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah. Amin

No comments: