Friday, March 28, 2008

CNI & TEKUN Jalin Hubungan Dalam Program Pembangunan Usahawan (PPUTC)

Tanggal 25 Mac 2008 (Selasa) mencatat satu lagi kejayaan dan sejarah indah buat CNI apabila berjaya menandatangani perjanjian dengan pihak TEKUN Nasional bagi menjalankan Program Pembangunan Usahawan TEKUN CNI (PPUTC).
Majlis telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Abdul Rahim B. Hassan selaku Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional. Manakala bagi pihak CNI pula dilakukan oleh Sam Cheong Chin Tai, Ketua Pegawai Eksekutif CNI Enterprise (M) Sdn Bhd.
Turut hadir bagi pihak TEKUN Nasional, En. Sa'ari Ismail Pengurus Besar Kanan / Ketua Pegawai Korporat, En. Adam Abd. Ghani Pengurus Besar / Ketua Pegawai Operasi, Omar Othman Pengurus Besar / Ketua Pegawai Kewangan dan ketua-ketua jabatan di TEKUN Nasional.
Tidak ketinggalan beberapa orang Lembaga Pengarah CNI turut hadir antaranya adalah Liu Tian Ji, Chan Kok Liang, Gan Ah Seng.
Sam Cheong dan Datuk Abdul Rahim saling berterima kasih di atas kejayaan ini dalam memajukan lagi bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
Selesai majlis menandatangani perjanjian, tetamu di bawa melawat keseluruhan jabatan yang terdapat di pejabat CNI dalam memahami selok belok perniagaan jualan langsung CNI. Kemudiannya semua kakitangan Tekun di bawa melawat kilang CNI (Exclusive Mark (M) Sdn Bhd & Q-Pack (M) Sdn Bhd) bagi melihat sendiri cara penghasilan dan pembungkusan kopi yang terkenal dan popular CNI Kopi Ginseng Tongkat Ali.
Kedua-dua buah kilang ini telah mendapat pengiktifan dan sijil HALAL, GMP, persijilan ISO 9001:2000 dan HACCP. Kira-kira 70% produk yang dipasarkan oleh CNI dikeluarkan sendiri di kilang ini bagi menjamin pengeluaran dan kawalan kualiti.
Sebelum pulang semua tetamu di jamu makan tengahari di cafe Pick 'n Brew. Cafe ini diuruskan oleh anak syarikat CNI Infuso Sdn Bhd yang menjalankan aktiviti pembangunan dan operasi kafe makanan dan minuman. Saya juga ingin mempersilakan anda semua datang ke cawangan kedua Pick 'n Brew yang bakal dibuka pada 30 Mac 2008 (Ahad) di 1 Utama F233, 1st Floor Promenade from 11amto 10pm. PERCUMA muffins kepada 500 orang pelanggan pertama pada hari tersebut. Terdapat juga special diskaun bagi pembelian Irish Cream Frappèlicious hanya RM2.

No comments: