Monday, January 21, 2008

JaLan2 on MoNdaY JaN 21, 2008

Hari ni.. Aku ngan Allen Loh pergi ke Majlis Pelancaran Program Pembangunan Usahawan TEKUN Nasional dengan My-Partners S/B & GiatMara S/B. Majlis perasmian dilakukan oleh YB. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi. Tujuan Aku ngan Allen datang, nak melihat perkembangan program ini dan bagaimana CNI boleh mempraktikkannya. Ialah kamikan dalam perancangan membuat pakatan strategik dengan ........... (tidak boleh disebut di sini, masih SULIT & RAHSIA) untuk diguna pakai dalam perniagaan CNI. Kebaikannya 1001 kepada usahawan CNI di luar sana. So... usahawan CNI tunggu berita ini dalam ruangan akan datang. Pakatan strategik ni.. senang je... TEKUN beri pinjaman, GIATMARA bekalkan tenaga buruh yang terlatih manakala MY-Partners akan berikan kontrak atau JOBS kepada budak-budak ni... Aku kira usaha yang bagus untuk bantu anak MELAYU BUMIPUTERA.
Aku nak citer sikit pasal syarikat My-Partners ni...Syarikat ni dapat kepercayaan & sokongan MeCD untuk memasang CCTV kepada syarikat atau orang persendirian. Ialah sekarang ni..kan semua tempat tak selamat lagi.. perlunya CCTV. Ada CCTV pun gambar tak clear... tengok apa yang terjani dengan adik NURIN sampai sekarang ni... penjenayah masih tak dapat ditangkap. CCTV yang dibekalkan oleh My-Partners ni.. canggih dan berteknologi tinggi.
Aku teringat lagi seloroh YB. Menteri pasal CCTV katanya, "sekarang ni... ahli politik dah tak suka CCTV...... BAHAYA" seluruh dewan pakat gelak. Korang paham-paham je lah... dia rujuk kpd Ahli Parlimen mana. Berbalik kepada budak hilang... sampai sekarang adik Sharlinie masih tak dapat dijumpai dan marilah kita sama-sama berdoa akan kesejahteraan dan kebaikan anak yang tidak berdosa ini.
Jalan balik aku gunakan Highway KL-Putrajaya. Ini pertama kali aku gunakan highway ni.. so nak citer la..sikit pengalaman nyer, bayaran tol murah RM2.50, jalan pun clear. 10 minit ke Kompleks Sukan Negara & 20 minit ke KL. Balik hujan lebat menyirami bumi yang teramat sangat ... tak dapat la... waktu tu.. Tak per lain kali coba lagi.

No comments: