Sunday, January 27, 2008

REBUNG - Actual day

Hari yang dinanti-nanti telah tiba. 28 Januari 2008 (Jumaat). Pelbagai dugaan dan masalah timbul disaat-saat akhir. Ada staff yang tak boleh pergi sebab nak siapkan beberapa perkara sempena PC pada hari Isnin 28/1/08.
Tapi aku berjaya juga menyakinkan semua orang kena pergi. Hahhhh... akhirnya. Mr. Tan di saat-saat akhir kami nak keluar opis masa tu lah jugak dia datang... Aku cakap "Minta ampun, kami semua nak keluar makan," korang semua tau dia cakap apa... "TIDAK DIAMPUNI". Selepas 1 jam lepas tu barulah dia lepaskan Kim, Lois, KimY dan Alex.

Sayang seribu kali sayang Tee dan Mala, tak dapat turut serta. Tujuan untuk mempereratkan hubungan antara kakitangan yang diarahkan oleh CNI memang baik dan harap dapat lagi tahun ni....

Masa kat sana...Chef Ismail dah sedia menanti kami dengan sambutan yang cukup baik. Kakitangan diorang juga mesra terutamanya Kak Lina. Dia tunjukkan satu-satu makanan yang dihidangkan. Kesemuanya hampir 30 jenis. Rambang mata tak tahu mana satu nak makan dulu. Istimewa kat sana adalah ikan bakar memang BEST... masakan ikut style Negeri Sembilan. Dr. Sheikh Muzaffar, angkasawan kita tak ada sebab pergi Kelantan ada kerja katanya. Tapi kat Restaurant REBUNG tu.. penuh dengan gambar dan bunting Dr. Sheikh Muzaffar.

No comments: