Wednesday, April 09, 2008

Karnival CNI Memang Best










Lagi Pecah Rekod

Tidak ada yang mustahil dalam CNI. Itulah kata azimat dan perumpamaan yang boleh aku berikan kepada CNI. Rasa-ranya dulu tak mungkin boleh buat tapi kini... ternyata resultsnya LUAR BIASA.

Orang JB memeng BesT giler dan sporting habis. Datang seawal jam 10.00 pagi dan sanggup tunggu hingga event habis jam 7.00 malam. Ternyata pengorbanan Kak Dewi, DCO CNI Taman Molek memang berbaloi. Sanggup tak pergi bercuti ke Langkawi dalam mempastikan segala check list dan urusan diselesaikan. Tahniah, Tahniah... dan tahniah.

Palbagai aktiviti dianjurkan sepanjang 1 hari karnival antaranya ialah peraduan mewarna, pemeriksaan kesihatan, darah & BMI, pemeriksaan kulit wajah, demo CNI PerfectChef, demo CNI WaterLife, demo MotorBest, kempen derma darah, permainan Roda CNI dan banyak lagilah. Anggaran pengunjung dalam 2,000 orang. Memang cukup Luar Biasa.

Jam 2ptg Kieran, penyampai Radio ERA mengambil alih acara. Habis gamat dibuatnya dengan pelbagai aktiviti interaksi antara kanak-kanak dan orang dewasa. Kelab motosikal besar dari Tengku Mahkota Johor juga turut serta. Paling special rasanya ialah pertandingan karaoke dari jam 3.00 - 7.00 malam, suara orang Johor memang ada CLASSSS. Sehinggakan ramai leader2 minta dengan pihak CNI HQ untuk buat lagi pada bulan 8 nanti. Jadi tunggu jawapannya....

1 comment:

cHiQuE CoMeL said...

hmmm tolong kirimkan salam sayang saya kat abg maskiran jakiran bley??? saya peminat dia lah... hahahaha gediks!