Thursday, April 17, 2008

Karnival Mesra CNI DC Batu Berendam, Melaka

Fakta Menarik Karnival CNI:

1. Karnival diadakan sempena cuti umum Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah pada 15 April (Selasa). Orang Melaka memang menantikan acara ini dan tiba seawal jam 9.30 pagi.

2. Jualan DC pada hari tersebut melebihi RM33,000. Kurang sedikit daripada sales di DC Tmn. Molek, JB.

3. Juara pembeli pada hari tersebut adalah Pn. Hasni yang membelanjakan hampir RM14,000.

4. Haji Nazri, DCO Batu Berendam memperuntukkan hadiah tambahan sebanyak 20 hadiah bagi cabutan bertuah khas untuk pelanggan dan masyarakat setempat yang menyokong perniagaan beliau selama ini.

5. Peraduan mewarna mencapai penyertaan seramai 70 orang.

6. Ratusan hadiah diberikan kepada peserta yang menyertai pelbagai aktiviti bersama KIERAN, penyampai radio ERA.

7. Pelbagai aktiviti muhibbah dalam merapatkan lagi hubungan antara syarikat dengan usahawan CNI serta masyarakat setempat. (Tiub belon untuk orang dewasa dan kanak-kanak, kerusi beracun, makan organik & kurma CNI, minum air WaterLife, sambutan hari lahir, menjawab soalan spontan cepu emas, pertandingan kopi tarik dan macam-macam lagi).

8. Nantikan Karnival Mesra CNI berikutnya pada 27 April (Ahad) bertempat di USJ 21/6, UEP Subang Jaya.

No comments: